Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Laporan terkini Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan PBB telah meletakkan kesalahan di bahu pemerintah Damsyik berhubung serangan kimia yang berlangsung di Khan Sheikhun, Syria. Timbalan Menteri Luar Rusia berkata bahawa Moscow akan mengusulkan pendekatan baharu dalam rangka menaik taraf kaedah siasatan serangan kimia selepas menyelidiki keputusan laporan itu.
Moscow selepas mengkaji laporan OPCW-PBB percaya bahawa terdapat banyak kecacatan di dalam kaedah yang digunakan di dalam siasatan tersebut. Mereka juga berkata bahawa bukti yang berat sebelah juga telah digunakan di dalam siasatan itu, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov kepada RIA Novosti.
Menurut Sergei Ryabkov, kesimpulan telah diambil berdasarkan "bukti dan keterangan yang mencetuskan keraguan besar kerana sumber mereka yang berat sebelah dan kegagalan mereka untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Konvensyen berhubung Larangan Senjata Kimia, mengikut urutan pengumpulan dan penyimpanan bukti bahan."
"Setiap nalar yang tidak konsisten dan percanggahan dalaman dapat dilihat dengan jelas hanya dengan membaca (laporan itu) sepintas lalu," kata beliau.
Mekanisme Siasatan Bersama OPCW-PBB berhubung penggunaan senjata kimia di Syria pada hari Khamis telah membentangkan sebuah laporan kepada Majlis Keselamatan PBB berkaitan serangan kimia di Khan Sheikhun pada 4 April 2017 dan di Umm Hosh pada 15-15 September 2016.
A.S melancarkan beberapa peluru berpandu kruiser ke atas pangakalan udara Syria selepas serangan kimia di Idlib. -ABNA24
/315
27 Oktober 2017 - 14:00
News ID: 862888
Laporan terkini Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan PBB telah meletakkan kesalahan di bahu pemerintah Damsyik berhubung serangan kimia yang berlangsung di Khan Sheikhun, Syria. Timbalan Menteri Luar Rusia berkata bahawa Moscow akan mengusulkan pendekatan baharu dalam rangka menaik taraf kaedah siasatan serangan kimia selepas menyelidiki keputusan laporan itu.